FELDA SAHABAT

GambarSELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan ‘Lanun’ (Mundu) yang kononnya tentera ‘Sultan Sulu’ sehingga Kampung Tanduo menjadi ‘Medan Perang’; gara-gara ‘kebijaksanaan’ Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan ‘Reverse Take Over’ sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya ‘Warga Penyu’ termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang ‘Pakar Bom’ terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA ‘menceroboh’ tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan ‘Penjara Air Panas’ Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap ‘Tamak dan Haloba’ sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu ‘peha’; bahkan yang berada di ‘celah peha’ meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku ‘Koleksi Sabah’ serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa ‘bom ikan’; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar ‘Tanah Adat’; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung ‘lawatan mengejut’ saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa “Mereka datang mengambil BR1M,” kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik ‘Gertak Keling’ Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka ‘Golongan Sultan Oportunis’ mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan ‘Sultan Sulu’ yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui ‘Ruma Bichara’ (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan ‘Diplomatik Reverse Take Over’ dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang ‘pencerobohan’ ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya ‘Tentera Sulu’ yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan ‘Tentera Sultan Sulu’ ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan ‘kecanggihan satelit’ di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi ‘Pusu’ yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi ‘kependekan akal’ pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau ‘Tentera Sultan Sulu’; sedangkan pada hakikatnya hanyalah ‘Tentera Upahan’ Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja ‘Tentera’ yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai ‘Tentera Sultan Sulu’ yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap ‘Drama’ Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan ‘kemaluan’ yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang ‘Pintomen’ serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh ‘Janji Terang Bulan’ Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan ‘Drama’ yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

– Sabahkini.net

Advertisements

Faizol jgn meludah keLangit.

559778_526301727392754_520410435_n

Faizol tengah berang dan mengamuk jepun di pejabat.
• Dia tengah marah maksimum.
• Dia sedang mencari siape yang bertanggongjawb postkan hal2 selewengan dalam blog.
• Dia mencari akar umbi.
• Dia memasang spy setiap jabatan dan arahkan Suzuki jalankan siasatan.

Bodohnya Faizol. Bebalnya dia. Faizol lupa tentang basic, principle dan hukum hakam.
• Kalau kita ikut peraturan dan patuh kepada procedure, tiada siapa akan berbunyi.
• Kalau dia jujur dan amanah, tiada siapa akan merungut.
• Kalau dia tahu dosa pahala, anak buah pasti hormat padanya.
• Kalau dia ikut jalan yang lurus, anak buah akan tabik padanya.
• Kalau dia langgar peraturan, sudah tentu ada yang merungut.
• Kalau dia benkang bengkok, anak buah mesti tak puas hati.

Pegawai dan petugas Felda dah diasuh, dididik dan diajar supaya amanah dan kerja betul. Bila nampak Faizol buat tak betul, mesti lah ada yang merungut dan tak puas hati. Lihat saja anak buah perempuan Faizol yang kerja dengan Roslina. Dia sendiri merungut dan tak puas hati cara Roslina berbelanja mewah. Anak buah Faizol nampak segala kemungkaran yang dilakukan Roslina, Pengarah Sukan yang selalu ponteng dan joli berbelanja.

Tak de rasa segan pun berbelanja. Tak de lah nak jimat2 dan belanja berkhemah. Asik2 ambik advance. Anak buah Faizol yang sebelum ini sudah berkerja, merasakan Roslina buat tak betul. Jadi, tentu lah dia merungut. Begitu jugak pengarah2 lain. Kalau Nora selalu datang lambat, orang mesti cakap Pengarah Mengangkang Jusa dan makan gaji buta.

• Kalau Amir Tiger bertazkirah yang bukan2, anak buah mesti meluat.
• Kalau Saufi diberi gaji rm42 dan Zaid rm28 ribu, staf2 mesti berbunyi kerja bagai nak mampus senang2 orang baru titik duit Felda.
• Kalau driber Saufi bergaji rm3 ribu, pilot2 lain mesti tak puas hati.
• Kalau Faizol dapat 4 buah kereta dan sapu elaun kereta rm8 ribu sebulan, pilot2 pun pandai merungut.
• Kalau pegawai baru lagak macam Faizol, kerani2 pun menyampah. Sdgkan Kamis lembut pun pandai marah2, staf lain pun loya jugak.
• Kalau Amir Tiger tak pernah senyum dan jalan mengepak, orang pun naik meluat.
• Kalau bos buat salah, anak buah mesti kekok berkerja. Anak buah tentu merungut.

Jadi, Faizol tak payah lah pasang spy. Tak payah lah pasang2 CCTV dan rakam2 suara. Tak baik, berdosa besar mengintip perbualan orang. Yang membocor rahsia ialah insan2 yang tak puas hati, yg tahu halal haram, yg tahu faizol mengkianati Dato Dzul, mereka lah petugas2 yang tak mahu bersekongkol sbb mereka yang tak biasa berbuat kerja salah.

Fikir kan la Faizol, sampai bila kamu rasa anak2 buah kamu nak tahan dgn kerenah kamu yg hari2 menggundang Dosa.

Elok lah kamu tenangkan fikiran tu dan ambik air wudhu hilangkan marah tu.. ???? Berapa bnyk Bro Yee yg kamu nak cari, Bro Yee ada dimana2, diWisma, diAnjung, diBalai, diMenara, diPejabat2 RGM, diPejabat2 Pengurus, ditanah2 Rancangan dan diLadang2 dan setiap hari ada Bro Yee baru dilahirkan. ???
Wallahualam

 

KEMAHANG 3 – PENJELASAN DARI WAN ROHIMI

Bismillah…. Segala2nya bermula dengan sekeping surat ini. Kes Kemahang 3 dilacurkan oleh pemfitnah jalanan utk menggambarkan saya dan barisan Peguam Kemahang 3 sebagai “songlap duit”, “pecah amanah” dan segala macam lelehan hina dari manusia2 yg tiada mengenal batas iman dan kufur!! Hakikatnya apa yang berlaku adalah apabila terdapat sekumpulan peneroka yang tidak berpuas hati dengan fee@yuran guaman@komisyen Peguam. Sebolehnya mereka yang tamak ini tidak mahu satu sen pun kepada Peguam. Tidak mengapa, pertikaian tentang fee guaman adalah lumrah dalam urusan guaman. Nun di sana bersepah2 kes yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang tentang anakguam menyaman Peguam mereka sendiri disebabkan ketidakpuasan hati… Itu tidak mengapa, mereka boleh ke Mahkamah dan biarkan Mahkamah sebagai “taxing master” untuk putuskan.

Tetapi yang membakar jiwa muda saya ialah apabila kes Kemahang 3 dikaitkan dengan insan2 yang tiada kena mengena. Mazlan Aliman, Presiden ANAK difitnah kononnya turut songlap wang itu. ADUN Kemahang (PAS), dan beberapa pemimpin PR yang lain, turut dikaitkan sama oleh Blogger UMNO. Simpati saya pada mereka tiada tutur yg bisa menterjemahkannya. Justeru saya mengambil ruangan itu untuk menyatakan, dengan nama Allah, Mazlan Aliman, ANAK, Dato’ Mejar Anizam (ADUN Kemahang), PAS atau mana-mana pemimpin PR tiada kena mengena dengan kes Kemahang 3, tiada kaitan langsung dengan pembahagian wang pampasan.

Saya tahu ada tangan berselindung dari pejabat Felda, Menteri yang menjaga Felda, UMNO Bahagian Tanah Merah untuk menghasut bekas2 anakguam saya ini untuk memfailkan Saman terhadap firma saya. Motifnya mudah, nama saya perlu dihancurkan sebelum ramai lagi peneroka meminta khidmat saya. Surat ini memberi penjelasan bagaimana bermulanya komplot tersebut. Mereka sudah menyaman saya dan saya sudah pun menyaman mereka. Kita serahkan urusan perundangan kepada Mahkamah untuk memutuskannya!!!

Wahai blogger2 yang hina…. Jika fee guaman saya mahal, tidak munasabah sehingga tinggi melangit, itu bukan urusan politik. Itu urusan pernigaan guaman. Anakguam yang merasa tertindas dengan fee guaman, mereka boleh ke Mahkamah untuk mencabar fee guaman dan biarkan Mahkamah yang putuskan. Kamu boleh kutuk saya semahu mu kerana saya mungkin mengenakan fee guaman yang mahal… Tetapi usahlah kamu berdengki dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada saya dan rakan2 peguam, hasil dari pengorbanan dan keihlasan, keringat dan titisan air mata kami selama 11 tahun (2000 – 2010).

Insyallah, jika diizinkan Allah, saya akan menyediakan penjelasan komprehensif untuk menjawab fitnah maha dahsyat ini dalam masa terdekat…!!!

FELDA MACAM HAK KELUARGA 3 ABDUL (1)

faizol Ahmad, pengarah besar sangkut masih tak faham dan masih bodoh ape tugas Felda yang sebenarnya. Hari ini satu lagi seminar besar diadakan selepas seminar pegawai selang beberape hari lalu. Seminar diadakan diPWTC yang dinamakan seminar Nusantara. Seminar ini sepatutnya JAKIM menjadi tuan rumah atau menteri Rais Yatim yang jadi penganjur. Tetapi Faizol merelakan tengkuknya dipulas, lalu sanggup menanggung biawak hidup felda jadi penaja.

Bukan sedikit belanja, kosnya lebih rm3 juta. Bajet sudah tentu dari akaun peneroka! Bukan sikit tu Faizol, nak guna duit Felda, tak sayang duit ke???

Peliknya:-
• kenape Persatuan Generasi Bestari yang anjurkan?
• mengape persatuan ini jadi anker dan taukehnya pulak memberi ucapan dalam perasmian pagi ini?
• bukan kah persatuan ini hanya bermatlamat mencari nama dengan menggunakan dana Felda?
• mengapa dibiarkan persatuan ini mendapatkan dana Felda?
• siapa kah Yusof Din?
• apa kaitan dengan Isa Samad, Faizol dan seorang pengarah Felda?

Mengapa orang yang sama mendapat tajaan Felda dalam:-
• program imam ke singapura rm1 juta lebih,
• program perhimpunan belia diUITM rm6 juta?
• mengapa Yusof Din menyertai rombongan Isa Samad dan Faizol diLondon tahun lalu?
• siape yang mengenali Yusof Din? Apa kaitan Yusop Din dengan Inmind Holding?

Kalau nak taja padan2 lah. Jimat2 lah. Itu bajet peneroka. Jangan joli sakan panggil PM resmi, Asyik2 guna nama PM,

Saham FGVH akan kecundang akhirnya?

Pada ketika semua syarikat-syarikat besar dalam komoditi minyak sawit dunia bergelut dengan ‘stockpile’ yang tinggi serta harga minyak sawit yang rendah, aneh bagaimana FGVH terus dapat bertahan dengan harga sahamya.

Untuk peringatan umum, saham FGVH mengalami kemuncaknya pada 5 Julai 2012 yakni RM5.55/saham. Adalah didakwa bahawa pelabur asing kemudianya menjual saham mereka ketika saham FGVH mula menurun bagi mengurangkan kerugian atau ‘cutting loses’ ketika harga menjunam melepasi ‘psychological level’nya pada paras RM5.00/saham pada Rabu, 20 Disember dan tutup dengan harga RM4.85 pada hari tersebut.

Saham FGVH terus menurun 4 hari berturut-turut dan tutup dengan harga RM4.69/saham. Pada hari akhir perniagaan sebelum cuti Krismas yakni 24 Dis harga terus jatuh kearas RM4.61/saham. Ini bermakna perbezaan RM0.90/saham berbanding pada harganya yang tertinggi yakni RM5.55/saham.

Ketika hampir kesemua syarikat-syarikat besar minyak sawit mengalami kejatuhan harga saham mereka, FGVH dapat mengekalkan harganya mutakhir ini sekaligus mencetuskan dakwaan bahawa harga sahamnya dipertahankan atau ‘inflated’ oleh pelabur-pelabur instituti kerajaan seperti KWSP, KWAP, LTH dll yang dikerah. Kalau benar bagai didakwa maka ia adalah kerja sia-sia yang bakal mengorbankan ratusan juta ringgit dana awam dan wang rakyat.

Persoalan lebih besar adalah mampukah FGVH terus dipertahakan secara begini? Apakah FGVH mempunyai ‘fundamentals’ atau ‘asas-asas’ yang kukuh untuk terus kekal dalam persaingan global yang semakin sengit dengan cabaran-cabaran baru dalam industri ini?

Menjawab persoalan terakhir dahulu, cabaran paling terkini kepada kesemua pengusaha minyak sawit adalah peraturan baru dari negara China yang menuntut bahawa specifikasi kualiti minyak makan (edible oils) yang diimpot dari negara asing, bermula 1 Januari 2013, mesti mencapai tahap kualiti ketika sampai dipelabuhan mereka atau ‘landed quality’ yang berbeza dengan amalan dahulu yang cukup dengan pemeriksaan semasa dinaikkan ke dalam kapal.

Kaedah ‘ Chinese Inspection ad Quarantine’ atau CIQ, mengikut Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Penapis Kelapa Sawit (Poram) akan mengurangkan (neutralise) segala kebaikan (advantage) yang telah didapati dari penurunan struktur cukai ekspot (ke 12%) dan penghapusan kuota AP percuma bermula 1 Januari baru-baru ini yang dilakukan oleh Kerajaan BN. Tindakan lambat dan lembab ini bukan sahaja boleh dipintas dayasaing kita oleh pesaing utamanya yakni Indonesia, dengan mereka menurunkan cukai mereka ke paras lebih rendah yakni (lingkungan 5%) tetapi kini dihambat oleh cabaran CIQ.

China adalah pengimpot terbesar kelapa sawit Malaysia sebanyak 5.7 juta sehingga 6 juta to setiap tahun. 70% sehingga 75% pengimpotan adalah dalam bentuk RBD atau ‘refined bleached and deodarised’ yang mesti mencapai tahap spesifikasi kualiti ketika sampai di Negara China atau pada ‘landed quality’. Produk-produk yang tidak menepati penguatkuasaan CIQ tidak akan diizinkan masuk dan akan dihantar pulang.

Tuntutan CIQ ini amat dikhuatiri akan diikuti oleh negara negara lain. CIQ juga dikenakan kepada minyak soya dan minyak rapeseed. Tetapi kedua-dua minyak tersebut boleh sahaja dikilang (crushed) dan ditapis (refined) di Negara China berbeza dengan buah kelapa sawit (free fruit brunch, FFB) yang mesti dikilang dan tapis segera berhampiran dengan tempat tanaman-penuaian.

Secara lebih khusus, cabaran paling besar dan kritikal bagi FGVH dalam masa terdekat bagi mengekalkan kebolehuntungannya adalah asas-fundamentanya. Namun inilah yang paling mencabar bagi FGVH. Isu ‘Palm Age Profile’ atau ‘Profil Usia Sawit’ adalah sangat memeranjatkan pelabur sekaligus merupakan paling kritikal dalam unjuran serta perhitungan kewangannya.

Mengambil perbandingan dengan hanya satu pesaingnya yakni Golden Agri akan memperlihatkan kelemahan FGVH. Pakar-pakar indusrti minyak sawit mengakui bahawa ‘Profil Usia Sawit’ yang sihat adalah mereka yang memilikki pokok sawit yang hanya 7% dari seluruhnya berumur lebih dari 20 tahun. Sementara Golden Agri memenuhi asas ini, FGVH didapati memilikki 53% dari pokok yang berusia lebih dari 20 tahun.

Tambahan lagi, sementara Golden Agri mempunyai 78% yang sedang ‘prime’ atau ‘sarat berbuah’, FGVH hanya memilikki 16% sahaja kategori tersebut. Menambah parah, FGVH mengalami kekurangan yield atau ‘hasil’ sebanyak RM500 juta setahun, Golde Agri menokok sebanyak RM3 bilion setahun.

Profil ini akan menjadikan FGVH terperangkap dalam jajaran hasil malap ini sekurang-kurangnya 10-12 tahun lagi sebelum pokok-pokok sawit menjadi ‘prime’ serta mampu bersaing. Mengambil dari sisi itu sahaja maka sangat menasabah bagi Macquarie Securities menetapkan saham FGVH hanya layak pada harga RM3.24 sesaham pada pensenaraian atau IPO dahulu.

Menggunakan 50% dari dana yang dijana dari pensenaraian untuk pelaburan di negara seperti Afrika dan Asia Tenggara lain adalah satu langkah yang mengecewakan ketika ladangnya sendiri memerlukan 53% pokok tua yang mesti ditanam semula.

Tentunya ‘profitability’ atau unjuran keuntungannya sudah boleh diramalkan oleh pelabur dengan hanya menghitung persoalan asas pertama ini sahaja, sekaligus memamparkan tahap keupayaan pihak pengurusan di segi memantaukan ‘profil usia sawit’ selama kini. Saham FGVH tidak mempunyai atau sangat sikit unjuran pertumbuhan/keuntungan (‘growth/profit’) untuk 12 tahun akan datang dan dengan hanya keupayaan 4.4% dari ‘cash reserve’ setahun untuk penanaman semula atau ‘replanting’ dalam 4 tahun kedepan ini.

Amat dikesali adalah tadbir-urus koporat yang telah memaksa pensenaraian FGVH yang meskipun diketahui berdepan dengan pelbagai kepincangan pengurusan. Nyata bahawa kelompok yang menanggung kerugian besar ialah peneroka dan juga pelabur-pelabur institusi (berjumlah 46% saham yang diterbitkan) yang dipaksa membeli saham Felda semasa IPO dan kini di’arah’ mempertahannya dari kejatuhan harga sahamnya – ‘freefall’.

Kerajaan BN wajar memikirkan penyelesaian jangka panjang bagi mempastikan industri terus mencari sentuhannya untuk kekal berdaya saing. Pengkhianatan semasa IPO hampur sudah menjadi satu trajedi yang tidak boleh ditangisi lagi meskipun masih ada ‘reformasi’ konkrit yang boleh dilakukan kalau Pakatan mengambil aleh kerajaan Persekutuan.

Pun begitu, tidak cukup dengan regim cukai baru ekspot dan penghapusan AP percuma jualan CPO sahaja. Sebagai contoh, isu penanaman semula secara ‘accelerated’ atau ‘pantas’ dan program biodesel B10 adalah diperlukan bagi mengangkat kepenggunaan CPO tempatan.

B10 bakal menggunakan 1 million metric ton ketika dapat di ‘roll out’ pada pertengahan 2014 sebagai satu tahap penambahbaikan dari biodesel B5. B10 adalah campuran 10% ester metil dan 90% minyak diesel.

Benar, bahawa kesan keseluruhan ini (cukai, hapus AP dan B10) akan bakal mengurangkan harga CPO tempatan, tetapi sekaligus menjadikan ia lebih kompetitif dan merancakkan kegiatan-kegiatan hiliran (downstream) dan mampu bersaing di pasaran global. Tidak dapat dinafikan bahawa pemilik sector huluan (upstream) termasuk pekebun kecil juga akan mengalami penurunan harga jualan FFB mereka (tandan buah segar).

Seperti disebut tadi, adalah wajar bagi penulis meramalkan bahawa pesaing utama kita yakni Indonesia tidak akan duduk diam. Mereka boleh sahaja bertindak menghapuskan samasekali cukai ekspot CPO mereka bagi menandingi pengurangan cukai ekspot Malaysia. Tidak ada kesudahanya persaingan ‘zero-sum’ atau ‘kalah-mati’ ini. Adalah amat menasabah bagi kerajaan Pakatan Rakyat nanti mewujudkan kerjasama strategik bagi mengawal kepentingan kedua-dua Negara sebagai pengeluar CPO paling terbesar di dunia.

Dengan kerjasama strategik ini, adalah amat diharapkan bahawa serangan negara pesaing yang mengeluarkan minyak soya dan rapeseed akan dapat ditagani bersama. Terkini Perancis telah mengenakan cukai impot sebanyak 300% terhadap minyak sawit.

Dalam kemelut industri dan sector minyak sawit ini yang sangat mencabar ini, wajar di beri amaran kepada FGVH, bahawa hanya syarikat-syarikat yang mempunyai ‘asas-asas’ dan fundamental yang kukuh dan diurus dengan mapan (sustainable) akan bakal berjaya. Ada pun yang ditadbir urus secara pincang dan tempang serta diperkudakan oleh penguasa politik akan bakal nazak akibat perilaku kepimpinan syarikat yang mengkesampingkan kepentingan sebenar pemiliknya yakni peneroka khasnya dan rakyat umumnya!
Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

ISA SAMAD KIAN TERDESAK!

Image

Beberapa hari ini media arus perdana menyiarkan kenyataan Tan Sri Isa Samad, bahwa Felda memberi tempoh 14 hari kepada saya selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Harakah dan Suara Keadilan agar memohon maaf dan membayar pampasan dalam jumlah tertentu berhubung dengan isu penjualan minyak sawit kepada syarikat yahudi.

Untuk makluman, sampai hari ini notis tuntutan tersebut belum saya terima. Saya hanya berpandukan berita dalam media sahaja. Beberapa pemberita hubungi saya, adakah saya akan minta maaf?

Kenapa saya mesti minta maaf?
Isa dan Ahmad Maslan tuduh saya buat fitnah. Lebih melucukan, Isa Samad kata invois yang saya dedahkan itu berkaitan getah, bukan minyak sawit…..Alahai rendahnya knowledge Isa Samad. Sebagai Pengerusi Felda, adakah dia tidak tahu kewujudan anak syarikat, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP)

FIOP dulunya dikenali FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD(FOP) ditubuhkan sejak tahun 1977. Menerima ribuan tan metrik minyak sawit mentah(MSM) dari kilang2 Felda seluruh negara pada setiap bulan. Sejak bila pulak FIOP memproses getah???

Telah saya katakan, maklumat dihujung jari. Saya bukan menerima maklumat tepi jalan. Ini bukan cerita tahun 60an atau dahulu kala yang penguasa zalim boleh tutup penyelewengan mereka. Apatah lagi era 75% kakitangan Felda menyokong Pakatan Rakyat!

Saya bukan sekadar memiliki invois dan Trade Confirmation, bahkan bukti2 lain yang akan saya dedahkan dari masa ke semasa. Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd yang membeli minyak sawit Felda adalah rangkaian induknya, Bunge Limited, yang beribu pejabat di White Plains, New York dan beroperasi di lebih 30 buah negara.

Sudah diketahui umum, BL adalah sebuah syarikat Yahudi yang menjalankan perniagaan dengan matlamatnya ‘ menguasai dan memonopoli’. BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 diasaskan keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Berkembang hingga ke sektor perkapalan, menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Bergabung dengan pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch, yang kemudiannya menjadi Presiden syarikat selama 30 tahun.

Dominasi syarikat Yahudi ini hingga ke sektor perladangan, menguasai berjuta juta kawasan tanah subur di Argentina hingga menguasai ekonominya.

Untuk makluman, FGVH telah membeli sebuah sykt rangkaian Bunge Limited, Twin Rivers Technologies Holding. Inc(TRT) Amerika Syarikat dengan suntikan dana RM1.3 bilion. Dr Rosli Yaakob, Penasihat ekonomi ANAK telah dedahkan kepincangan syarikat ini. FGVH juga telah membuat hubungan dengan satu lagi syarikat Yahudi, Loius Dreyfus selaku rakan kongsi strategik. MOU yang dimeterai antara FGVH dengan Loius Dreyfus disaksikan sendiri Perdana Menteri.

Kalau saya nak hurai, terlalu panjang. Cukup kalau dikatakan hubungan dagang Felda dengan syarikat yahudi tidak boleh dinafikan dan bukan baru!

Saya bersedia untuk hadapi Isa Samad di Mahkamah. Insyaallah, berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan itu sahaja, akan saya bongkar penyelewengan Jabatan Seranta Felda dibawah seliaan Ahmad Maslan dan Datuk Eshanuddin, kedudukan kritikal FGVH itu sendiri dan banyak lagi kemelut dalam Felda.

” Sekiranya kamu menolong Agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu”- maksud Firman Allah.

Tekad dan azam ANAK ialah menyingkirkan pengkhianat dan petualang yang sedang menjahanamkan institusi orang melayu, FELDA. Kami akan lawan habis2an….!!! — with Simon Hew.

351 PENEROKA SAMAN FELDA

Seramai 351 peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, Pahang hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu kadar perahan gred (KPG) sawit.

Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit.

Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.

Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak RM30,912 pada tahun 2008.

Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.

08 setan).

“Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut.

Ganti rugi

Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995.

Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhny dan lain-lain kos.

Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331).

Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar.

Turut hadir Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan. –FMT

http://greenboc.blogspot.com/2012/12/felda-disaman-rm200-juta-oleh-351.html

KEMBARA OREN PAHANG

22122012158

22122012160

22122012164

IMG_6955

IMG_6970

IMG_6983

IMG_6992

IMG_6998

IMG_7001

IMG_7045

IMG_7047

IMG_7051

IMG_7066

IMG_7069

IMG_7094

IMG_7105

IMG_7108

IMG_7113

IMG_7126

IMG_7135

IMG_7138

IMG_7143

IMG_7147

IMG_7153

IMG_7167

IMG_7176

IMG_7187

IMG_7190

IMG_7194

IMG_7195

IMG_7199

IMG_7200

IMG_7211

IMG_7216

IMG_7221

IMG_7229

IMG_7243

IMG_7250

IMG_7267

IMG_7271

IMG_7273

IMG_7277

IMG_7278

IMG_7284

IMG_7286

IMG_7287

IMG_7292

IMG_7294

IMG_7300

IMG_7320

IMG_7334

IMG_7337

IMG_7339

IMG_7341

IMG_7353

IMG_7357

Kembara oren Pahang Jengka 21
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.496760080346919.105830.100000387948878&type=1

Kembara oren Pahang Jengka 23
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.496748900348037.105829.100000387948878&type=1

Kembara oren Pahang Kg Awah
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.496745640348363.105828.100000387948878&type=1

Kembara oren Pahang di Jengka 11
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.496769270346000.105835.100000387948878&type=1

Kembara oren Pahang di Bandar Pesat Jengka
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.496768077012786.105834.100000387948878&type=1

Kembara oren Pahang di Jengka 12
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.496762930346634.105833.100000387948878&type=3